lalak day and night

don't make me lose my trust in you, don't make me hate you. just don't.

Thursday, September 15, 2011

oh Tuhan.

Labels:

Wednesday, August 10, 2011

six easy ways to earn even after death

1. give a copy of Qur'an to someone.
each time one reads from it, u gain.
2. donate a wheelchair to a hospital.
each time sick person uses it, u gain.
3. participate in building a Masjid
4. place water cooler in a public place.
5. plant a tree. u gain whenever a person,
animal sits in its shade or eats from it.
6. and the easiest of all, sharing this message with people.
even if 1 applies any of the above, u gain. Insyallah.

p/s : believe in Allah. i love Allah.

Labels:

Sunday, July 31, 2011

fish spa


sedang aku jalan-jalan cuci mata, tiba-tiba terberhenti kat fish spa sbb tgk org putih yg tgh cuba bnd ni sambil gelak sakan. aku pelik la napa depa gelak sakan. tapi mesti hampa dah tahu kenapa depa gelak sakan naa. haha. yela ikan tu geletek kaki depa la. selama ni aku takut ok nak try benda ni. tapi ahad tu tiba-tiba terdetik nak try. semua sebab org putih tu gelak. aku tgk mcm seronok je dia gelak-gelak. memandangkan aku x pernah try bnd ni, aku ajak la azim cuba sbb dia pun x pernah cuba. our 1st time ber fish spa together la ni. hihi.

5 ringgit 10 minutes per person. ok berbaloi la kot. mula-mula takut nak masukkan kaki. masuk kan tumit je dulu. mak ai...mmg geli nak mampus. keje aku dgn azim gelak je la sampai kitorang had a massive stomach cramp. at the end aku dapat masukkan full kaki x sampai 2 minit pun.. sebab asyik gelak je. haha well at least i tried.

kegelian. gelak x henti.

letak tumit je. tgk tgn azim tu genggam sekuat nya. hahaha

fish spa is a place where you can go to get your dead skin eaten by fish (as gross as it sounds but its not that bad). garra rufa and cyprinion macrostomus are two species of fish that are commomly used in fish spa's. the process involves dipping your feet, hands or whole body into a pool of water filled with fish that will stuck peck off dead skin. the benefit of this process is that the fish consume the dead skin leaving the healthier skin to grow.

but then sebenarnya ada cons jugak, you might get penyakit dari org lain melalui fish tu. i mean, berkemungkinan org sebelum kita tu ada penyakit..so lepas ikan tu makan kaki org tu, ikan tu makan kaki kita pulak kan. tulah..takut jugak terkena penyakit yg x boleh cure ni kan. tawakal jelah berharap x de apa-apa akan jadi.


p/s : kaki ringan lepas cuba bnd ni. marilah cubalah kawan-kawan!

Labels:

Wednesday, July 6, 2011

faith

sometimes you have to stop worrying, wondering, & doubting. have faith that things will work out, maybe not how you planned, but just how it's meant to be.

p/s : God's know the best for you :)

Labels:

smile

dont go for looks..
it can device.

sont go for wealth..
even that fades away.

go for someone who makes u smile.
because it takes only a smile to make a dark day seem bright.

:)

p/s : i hope all of you bloggers find the one that makes ya'll smile.

Labels:

Sunday, July 3, 2011

aku menghidap hiperhidrosis


sebenarnya dah lama aku menghidap hiperhidrosis... hahh? apa? x tahu apa tu? ni nak bagi tahu la ni. haha. sebenarnya aku pun baru tahu nama saintifik. kalau bahasa melayu kita panggil kuat peluh. ehm contohnya.. kita mengalami peluh yang melampau. bukan lepas sukan kita berpeluh. bukan. ni time kita x bersukan tapi peluh yang keluar mcm bersukan. faham x?

tapi bagi certain orang kadangkala peluh yang berlaku ke atas diri mereka terlalu banyak. memang x terkawal. aku dikategorikan ok lagi. sebab aku hanya berpeluh dibahagian tapak tangan dan tapak kaki dan ketiak! imagine cuaca panas ke redup ke sejuk ke ketiak aku akan berpeluh..alhamdulillah peluh kat bahagian ketiak x mengeluarkan bau yang kurang senang. just berpeluh.

ingin aku berkongsi bahawa hiperhidrosis ni merupakan kelenjar peluh yang bertindak terlalu aktif sampai tidak dapat dikawal oleh sistem saraf perpeluhan. sebab tu peluh je memanjang. hiperhidrosis tidak merebak melalui udara. cuma masalah genetik.

the thing is...masyarakat susah untuk menerima kami yang mengalami hiperhidrosis. kadangkala disisihkan kerana berpeluh sakan. kami sering diejek, dikutuk belakang. ada juga yang selamba cakap "kau ni kuat peluh, geli la". itulah cabaran bila bergelar seorang pesakit hiperhidrosis. lagi malang bila kami terpaksa bersalaman dengan orang yang tidak pernah memahami. lepas bersalaman surely diorang akan mengesat tangan seperti kegelian.

bukan mahu menyalahkan takdir, tapi jauh suduh hati kami janganlah buat kami seperti najis. terlalu geli untuk bergaul dengan kami kerana tangan, kaki, muka mahupun badan yang basah dipenuhi peluh. bukan ini yang kami pinta, bukan mahu meminta simpati. cuma rasa sakit hati..macam tak sempurna. tetapi bergelar pesakit hiperhidrosis dapat mengajar saya tentang nilai manusia. syukur alhamdulillah.

penawar? ada. boleh dipulihkan dengan mendapatkan rawatan di hospital. malangnya, hanya 2 buah hospital yang menawarkan pembedahan ini iaitu di Institut Jantung Negara dan Subang Jaya Sime Darby Hospital. both private hospital. and as u all know kos yang dikenakan terlalu tinggi untuk private hospital ni kan. Rm 12k untuk pembedahan yang hanya mengambil masa 1 jam sahaja.

kesimpulannya, janganlah perkecilkan kami. tangan yang basah ini tidak mencemarkan diri anda walaupun kami menyentuh anda. tidak perlu menarik muka, memandang serong kepada insan seperti kami kerana ini bukan kehendak kami. bayangkan anak anda pula mengalami hiperhidrosis..haa masa tu baru lah nak terngadah.

p/s : apa-apa pun, terima kasih Tuhan.

Labels:

Wednesday, May 25, 2011

apa itu illuminati?


apa itu illuminati?

konspirasi illuminiti untuk memuja iblis adalah suatu perhubungan rahsia yang terdiri dari beberapa pertubuhan besar seperti freemasons, skull and bones, bohemian groove dan beberapa lagi. seperti skull and bones, hanya orang-orang terpilih untuk menyertao mereka dan biasanya adalah golongan-golongan elite yang akan menjadi golongan pemimpin suatu masa nanti. konsepnya sama apabila seseorang itu membela jin, maka jin itu akan memberi kemewahan, kemahsyuran dan kuasa padanya. akhirnya dia terus sesat dengan jin tersebut. dan jangan terkejut, itu lah konsep yang berlaku kepada kuasa-kuasa besar dunia dari dahulu sampai sekarang. ada juga ilmuwan yang memiliki kelulusan tinggi PhD yang menjadi ahli mereka dan menjalankan pemujaan syaitan.

gerakan mereka betul-betul halus dan teliti. dan kadang-kadang diselitkan dalam cerita kartun untuk kanak-kanak. aku nak bagi contoh satu cerita kartun kat tv yang lama dahulu pernah disiarkan. ingat x kartun HE MAN : MASTERS OF THE UNIVERSE.


berhati-hati dengan cerita kartun sebegitu yang boleh mempengaruhi minda anak-anak. jika anda perhatikan, HE MAN pahlawan berwajahkan tengkorak yang digelarkan skeletor sememangnya melawan penjahat. nampak bagus kan? tetapi sedarkan kita ketika dia mahu mendapatkan kuasanya itu dia menyeru "by the power of greyskull, i am he man!!!!" haaa itu lah dialog dia. meh aku terjemahkan dalam bahasa melayu bermakna "dengan kuasa tengkorak kelabu, aku lah he man!!!!"

nampak di situ HE MAN menyeru kuasa tengkorak kelabu ntah jin mana lah yang diserunya itu. dan begitulah dengan carita kartun-kartun lain. berwaspadalah dan beritahu adik-adik kita tentang bahayanya pengaruh disebaliknya. kerana konspirasi terbesar dunia menumpukan sasarannya kepada semua golongan yang mudah dilentur iaitu kanak-kanak.

p/s : aku berminat nak tahu pasal semua ni. sebab aku rasa illuminati ini bahaya untuk umat Islam. siapa tahu sila suarakan pendapat.

Labels:

Friday, April 29, 2011

sometimes we lie because...........

Sometimes we lie because it’s easier than telling the truth.
Sometimes we lie because we need to forget.
Sometimes we lie because fantasy is better than reality.
Sometimes we lie because it’s too painful to tell the truth.
Sometimes we lie because we think it’s the truth.
Sometimes we lie because it’s faster to do so.
Sometimes we lie because you need to get out of something.
Sometimes we lie because life can’t wait.
Sometimes we lie because pain is not an option.
Sometimes we lie because there is nothing better to do.
Sometimes we lie because we need to turn attention away from ourselves.
Sometimes we lie because we don’t know what else to do.
Sometimes we lie because it gives us a laugh.
Sometimes we lie because we need to prove a point.
Sometimes we lie because everyone needs a break once in a while.
Sometimes we lie because a surprise is being planned.
Sometimes we lie because we want to keep a friend.
Sometimes we lie because we are instructed to.
Sometimes we lie because revenge is sweet.
Sometimes we lie because we would like to hurt someone emotionally.
Sometimes we lie because agreeing is easier than debating.
Sometimes we lie because we are scared and rarely do we ever tell the truth.

Labels:

Sunday, December 26, 2010

oh umi,


pagi tadi...pkl 7. rumah sunyi. pelik.
selalunya suara umi dah bergema bising sana sini dah.
apasal umi tak kejut.

ni aku kat rumah, selalunya umi kejut aku untuk sembahyang subuh.
kalau aku kat kolej pun umi tetap akan call untuk kejut aku.
ni x de plak. kalau ye pun, kenapa umi tak siap-siap lagi. tak pergi kerja ke? aku mulai mushkil.

terus...aku turun pergi ke dapur.
sebelum itu check jam di hall. haa betul pukul 7.

aku nmpk umi tgh ketang ketung kat dapur. buat breakfst la tu.
aku tegur la.

aku : umi tak pergi kerja ke?
umi : pergi.
aku : dah pukul 7 ni, ohh hari ni masuk lambat yeh?
umi : HAH?? YEKE?? YA ALLAH!! DAH LAMBAT LAH NI, Astagfirullah..

nasib umi dah gosok baju malamnye. selalu umi gosok baju pkl 4 5 pagi. humm, tak pun, ni mesti dah plan nak g keje lambat. ahh x kesah lah. so..dgn itu, aku pun terus lah mkn apa umi masak td. ahhhhh, sedapnya! dgn tak gosok gigi, lagi la sedap. hahahaha!

pastu aku dpt msg bf aku. dia kata "morning cinta, im late! lupa gsk baju mlm td. syok sgt malaysia menang. heehee. kene marah dgn mak"

hehehehe. ada geng.
sang pujangga pun memerlukan ibunya sebagai alarm clock.

kalau x berbunyi alarm clock, maka x jaga lah kami. wahaha!

p/s : berapa ramai lagi bergantung pada ibu mereka untuk bangun pagi?


Labels:

Tuesday, December 21, 2010

syok sendiri! ;p




insyallah akan datang.
bila tiba masa nya.

amin.

Labels:

Thursday, December 16, 2010

dec 2010

take me away to 2011
im done with this year

2011, i hope you are much better than 2010.

Labels:

Wednesday, December 1, 2010

tentang kita


1 orang pemuda dan 1 orang wanita

Wanita : Babe, bukan semalam u cakap u ada benda nak bagitahu i ke?
Pemuda : Owh.. ye. Ada benda yang i nak cakap dengan u.
Wanita : Apa ye?
Pemuda : Herm... macam ni. I just nak tanya, i ada buat salah kat u tak lately?
Wanita : (Senyap sebentar) Takde... Kenape ye? Lately i suka marah-marah u ye? Itu yang u rasa kan?
Pemuda : Yes! Itu yang i rasa. I cuma nak tanya u lah. I ada buat salah ke tak dengan u sebab everytime i cakap, u akan marah i. I senyap pun, u buat muka masam. U ada masalah ke babe?
Wanita : Tak. I takde apa-apa masalah pun dengan u.
Pemuda : Tapi kenapa mesti marah?
Wanita : Sebenarnya i marah kat orang sekeliling i, tapi i selalu nak lepas marah i kat u.
Pemuda : Huh? Can i ask u something? Tapi jangan marah i ok.
Wanita : What?
Pemuda : Before u dengan i, u pernah marah tak xbf2 u dulu macam u buat kat i ni?
Wanita : (Geleng kepala)
Pemuda : Tapi kenapa u buat kat i?
Wanita : Sebab before ni i dapat bf semua yang i suka . Tapi kali ni i dapat bf yang sangat suka kat i. Dan i tahu yang u takkan pernah nak marah i.
Pemuda : (Memandang wanita itu. Mengangguk. Tunduk)
Wanita : Babe... i selalu marah-marah u tak bersebab kan? Kadang-kadang i rasa macam i ni melampau sangat sampaikan i rasa macam tak boleh nak teruskan je hubungan kita ni.
Pemuda : (Tunduk. Memandang makanan) Babe... macamana cara sekalipun u selalu buat muka dengan i, u selalu marah-marah i, i sekalipun tak terasa dan tak pernah anggap perkara-perkara tu semua merumitkan hubungan kita. Tapi, secara jujurnya... semakin lama i kenal perangai u...semakin i sayang kat u.
Wanita : (Diam. Tidak memandang pemuda itu.)
Pemuda : (Bangun. Membasuh tangan.)
Wanita : (Matanya berkaca. Mengelamun. Memandang lelaki itu sedang membasuh tangan.)
Lelaki : (Lama memandang cermin.Menarik nafas panjang-panjang. Kembali ke meja makan.)
Wanita : (Mengesat airmata. Memandang muka lelaki itu.) Babe.... I’m so sorry...

Kadang-kadang kita selalu tak nampak apa yang dah ada depan mata sebaliknya lebih memlih apa yang kita nampak dan kita suka.

Menghargai pasangan anda walaupun sedikit mampu membuatkan mereka gembira.

Kadang-kadang kita perlu beri peluang pada orang-orang yang sayang kita dan mampu menerima kita seada-adanya.

Jujurlah dengan pasangan anda. Itu adalah cara yang terbaik.


Labels:

Wednesday, November 24, 2010

apparently i posses

  • that I am an everyday Alcoholic
  • that I am an lovin those drugs. all of em'
  • that I am an heavy-puffing-chain-smoking chimney



The saddest part is, it’s true.

and it’s fucking up my body.

This has to stop.

Mission : TO CLEAN MYSELF UP starts now.



Labels:

Saturday, November 20, 2010

tolong sampaikan pada si dia..

tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta Nya..
tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .

tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rinduku padanya..

tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. .
tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui dimana si dia..
moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


Labels:

Sunday, October 3, 2010

me


i'm a lover and a fighter.
i get angry easily and i'm working on it.

i party, sleep and think too much, but i get my shit done.
i have weakness for sweet talkers, but i'm learning enforcing my boundaries.
i don't let many people in but once they're in, they're there forever.
i'm strong and independent and i've been broken but never shattered.

word.

Labels:

Saturday, August 14, 2010

ohh lelaki,


Beberapa hari ni aku banyak dengar lelaki bercerita dengan aku tentang lelaki & wanita. Selalunya aku akan argue, tapi kali ni aku tak tahu kenapa aku malas nak argue.

1. Lelaki kata semua lelaki dekat dunia ni sama saja. Kalau ada teman wanita, apa yang mereka hendak cuma satu. Seks. Jadi, wanita perlu menjaga diri takut kalau-kalau ter'mengandung'. Kerana apa yang ada pada minda lelaki hanyalah kepuasan nafsu.


2. Lelaki kata kalau teman lelaki kita dekat sangat dengan kita, nanti kalau kita dah tak ada apa-apa hubungan, akan mendatangkan masalah. Contohnya, kita tak mahu ke kelas takut terserempak dengan teman lelaki kita, prestasi belajar akan turun dan akan menyusahkan kawan-kawan lain. Kerana lelaki lebih suka memilih perkara yang memudahkan mereka daripada yang menyukarkan.


3. Lelaki kata zaman muda tak perlu lah main cinta. Fikir tentang masa depan dan tidak perlu menghabiskan masa muda dengan bercinta. Kerana lelaki lebih mementingkan keseronokan zaman muda daripada memberi komitmen.


4. Lelaki kata perempuan hanya tahu membaca majalah-majalah tentang gosip sahaja. Jika lelaki menanyakan isi di dalam majalah tersebut, wanita akan kata; bacalah sendiri. Kerana lelaki tidak suka pada wanita yang terlalu obses pada dunia-dunia gosip dan lebih suka pada wanita yang membaca buku-buku berilmiah.


5. Lelaki kata wanita yang tidak memakai alat solek tidak memikat. Setiap masa wanita perlu memakai alat solek walaupun berkerja di panas terikan matahari. Kerana lelaki berpendapat apabila wanita itu mengenakan alat solek, mereka dapat membantu kaum lelaki berkerja dengan lebih tenang.


Itu apa yang lelaki kata. Tetapi apa yang aku hendak kata sangat berbeza sekali dengan apa yang lelaki kata.


Pertamanya, aku mungkin membela semua kaum-kaum lelaki di dunia. Tidak semua lelaki yang mencintai seseorang wanita kerana seks bukan? Tidak semua lelaki menerima seorang wanita seada-adanya kerana keadaan fizikal. Dan tidak semua lelaki menerima seseorang wanita itu kerana kelakuannya. Antara sebab aku malas nak argue mungkin kerana aku tidak menilai semua lelaki itu sama dan aku tahu masih ramai wanita yang menjaga hal-hal dalaman dalam diri mereka.


Keduanya, tak kisah kalau kita dekat atau kita jauh. Jauh pun boleh berpisah. Dekat pun boleh berpisah. Sama juga dengan dekat pun boleh bersama sehingga kahwin. Jauh pun boleh bersama sehingga kahwin. Selalunya aku akan jadi rasional dalam perkara-perkara yang melibatkan perpisahan antara dua belah pihak. Aku pernah jatuh cinta tetapi aku masih mampu maintain dalam pelajaran dan kehidupan. Dan selalunya terpulang pada diri masing-masing. Mungkin aku tidak argue kerana aku sedar ada golongan wanita sebegitu tetapi tidak ada jauh beza dengan kaum lelaki juga kan?


Ketiganya, faktor umur menyebabkan seseorang lelaki menimbulkan perkara ini. Tidak kisah kalau kita hendak bercinta pada umur kita berapa. Tak semestinya kalau bercinta kita tidak mendapat keseronokan. Ada orang akan kata zaman muda seronok kerana ada teman yang sentiasa memberi sokongan dan cinta tetapi ada juga yang akan kata zaman muda seronok kerana tidak perlu memikirkan tentang komitmen dan boleh pergi kemana-mana sahaja tanpa ada kongkongan. Aku tidak argue kerana itu semua terpulang pada diri seseorang individu.


Keempatnya, naluri seorang perempuan selalunya lebih ke arah itu. Hal-hal rumah, hiburan, gosip, fesyen, kecantikan, etc. Lelaki perlu menerima dan sesetengah perkara wanita merasakan tidak perlu bercerita kepada lelaki kerana lelaki tidak perlu untuk tahu. Sama juga dengan wanita. Wanita jarang ambil tahu tentang bola sepak, enjin kereta, etc. Aku tidak argue kerana aku tahu ada sesetengah perkara lelaki dan wanita tidak perlu berkongsi bersama.


Kelimanya, setiap wanita menginginkan diri mereka cantik. Tetapi perlu bersesuaian dengan keadaan. Takkan lah ke majlis pengebumian kita ada masa untuk bersolek? Dan sepatutnya, kalau lelaki sudah memilih wanita itu seada-adanya mereka, persoalan tentang wanita itu perlu bersolek mahupun tidak sepatutnya tidak boleh ditimbulkan. Sebenarnya perkara ini yang aku ingin sangat untuk argue tetapi aku tidak juga argue. Sama lah macam kalau kita tonton drama. Babak tengah sembahyang, tapi pelakon pakai make up macam nak pergi beli belah. Jadi kelakar kan? Selalunya aku akan cakap; kalau muka dah cantik, tak payah make up pun dah memang cantik.


Aku tak rimas dengan perkara-perkara ini. Aku sendiri rasa lelaki kadangkala teliti terhadap perempuan dalam sesetengah perkara. Kontradiksi antara lelaki dan perempuan boleh membuatkan sesebuah hubungan itu lebih bermakna. Tetapi hubungan cinta bukan sesuatu perkara yang rumit. Kalau kita berpisah, mungkin satu hari kita nanti akan bertemu dengan seseorang yang lebih bagus dari yang sebelumnya. Begitu juga jika kita terus bersama, tak semestinya kita akan berpisah. Apa yang penting, sentiasa positif dan belajar daripada kesilapan.


I love men, not because they are men, but because they are not women.


Labels:

Thursday, August 12, 2010

when sorry seems to be the hardest word - Elton John


Jika kemaafan bagimu itu beratnya seperti mengangkat kapal terbang

tidak mengapalah

kerana aku tidak mahu kau terluka atau nyawamu melayang

hanya kerana terpaksa berperang

untuk keluarkan maaf dari sarang


Labels:

confession


Bila kita confess yang kita sudah bertemu dengan lampu yang menerangkan hati kita, ada lilin-lilin yang ada selama ini akan perlahan-lahan terpadam.

Kenapa kita tidak boleh mempunyai lampu dan satu masa yang sama kita memiliki lilin-lilin yang selama ini menghangatkan malam kita?

Kita terlalu greedy atau lilin tidak mahu lagi menemani, bila lampu adalah pilihan kita?

Dengan confession kita akur bahawa kita akan kehilangan.

Dengan confession juga kita telah berlaku jujur pada diri kita.

Labels:

Tuesday, August 10, 2010

abang nak beli kuih?

hari itu, saya pulang ke kuala lumpur bersama kwn. memikirkan highway plus sibuk, saya menyusuri laluan lama. pekan pertama yang saya lintas ialah teluk intan. terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

kanak-kanak itu : "abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.
kwn saya : "tak apalah dik...abang dah pesan makanan" jawab kwn saya ringkas.

dia berlalu. sebaik pesanan tiba, kami terus menikmatinya. lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

kanak-kanak itu : "abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja kami.
kwn saya : "abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata kwn saya sambil menepuk-nepuk perut. dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. sampai disitu, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat.

setiap org yang lalu ditanya...
" tak nak beli kuih saya bang... pak cik... kakak atau makcik..."

molek budi bahasanya!

mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.

belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. dia menghadiahkan sebuah senyuman. saya turunkan cermin, membalas senyumanya.

"kakak dah kenyang, tapi mungkin kakak perlukan kuih saya untuk adik-adik kakak, ibu atau ayah kakak", katanya petah sekali sambil tersenyum. sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. terpantul persaan kesian di hati. lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. saya hulurkan padanya.

"ambil ni dik! kakak sedekah... tak payah kakak beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. saya gembira dapat membantunya.

setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. saya terkejut, lantas kwn saya menyuruh saya memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.

kanak-kanak itu : "kenapa bang nak beli kuih ke?"
kwn saya : "kenapa adik berikan duit kakak bagi tadi pada pengemis tu? duit tu kakak ni bagi adik!" kata kwn saya tanpa menjawab pertanyaannya.
kanak-kanak itu : "bang, saya tak boleh ambil duit tu. mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

kanak-kanak itu : "kakak nak beli semua ke?", saya cuma ngangguk. lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja kak.....!

selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

dalam perjalanan ke kuala lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. anak yatim ke? siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Labels:

Wednesday, August 4, 2010

maybe

maybe its not always about trying to fix something broken.

maybe its about starting over and creating something better.

Labels: