lalak day and night

don't make me lose my trust in you, don't make me hate you. just don't.

Thursday, January 28, 2010

bila aku rasa mahu ke ruang infiniti?


Bila?
Entah..
Mungkin bila saat aku rasa patah hati

Bila?
Entah..
Mungkin bila aku rasa ditipu

Bila?
Entah..
Mungkin bila aku dikhianati

Bila?
Entah..
Mungkin bila aku kehilangan orang tersayang

Bila?
Entah..
Mungkin bila aku rasa dunia tidak berputar ikut kehendak aku

Bila?
Entah..
Mungkin bila aku rasa semua orang anggap aku halimunan

Bila?
Entah..
Mungkin bila aku sedikit derhaka kepada ibu bapa aku

Bila?
Entah..
Mungkin bila di saat aku mengecap bahana duka dikecewakan

Bila?
Entah..
Mungkin bila akui rasa aku mengkhianati

Bila?
Entah..
Mungkin bila aku takut dengan bayang-bayang sendiri

Bila?
Entah..
Mungkin bila aku takut untuk disayangi

Bila?
Entah..
Mungkin bila aku rasa tidak pasti

Namun, yang aku tahu sekarang...
Aku mahu terus hidup...
Kenapa?

Kerana hidup aku dipenuhi banyak tujuan
Kerana aku adalah aku
Yang punya jiwa, walaupun tidak sempurna namun tetap aku hargainya...

Kerana aku perlu berenang ke arah itu..
Ke arah ruang infiniti di ufuk kecekalan aku...


Labels:

Wednesday, January 27, 2010

kawan, sahabat, member, rakan


Hai. apa khabar sekalian kamu. sihat? sibuk?


Kalau dibicarakan tentang sibuk... ya, memang aku sangat sibuk sekarang. tidak salah kalau dikatakan dunia aku sekarang hanya berlegar kepada 2 benda saja. si pujangga dan study. kawan-kawan pun ada cuma peratusnya sangat kecil. peluang untuk bertemu mata dan melepaskan rindu hanyalah ketika di acara-acara anak muda.

Dengan babygurl memang dah lama sangat aku tak jumpa. semasa menghadiri majlis kahwin kenalan, ada yg aku jumpa dan kami macam kaku lidah. mahu bicara tapi macam keras. mungkin sebab sudah lama sangat tak jumpa. ada yg terumpa di Elysium hari tu hanya sempat bertegur-sapa bertanya khabar. tiada sebarang bualan panjang bertemakan diskusi berat atau memerlukan perbahasan atau perbincangan yang mendalam.

Ya, aku rindukan semua itu. tapi, mungkin itu satu lagi fasa dalam hidup aku di mana semua orang move on. ya, aku pun sudah move on - dalam erti kata yang sangat positif. kita perlu bergerak tanpa sebarang kuasa perlu kita pinta untuk melonjakkan kita menjadi sesuatu yang jauh lebih baik dari hari semalam.

Sebagai manusia normal, kita akan boleh ukur diri kita sendiri sejauh mana kita makin berubah untuk ke jalan atau destinasi yang lebih positif. aku sekarang sangat merasakan semua benda itu. hidup makin teratur. mungkin sebab ada orang yang menjaga kebajikan jiwa aku kot. makin tenang dan setiap hari buat aku menantikan hari esok. kalau dulu, aku selalu bicara tentang hal yang lapuk. ceritera dari masa lampau yang penuh kemurungan yang ditampal dengan seribu topeng senyuman.

Sekarang aku semacam berada dalam zon selesa. dan itu agak menakutkan aku. tapi tak salah kalau kita takut sebab benda itu perlu ada. ia buat kita sentiasa ingat dan berpijak di bumi yang nyata.

Belajar dalam bidang ni jugak buat aku makin fleksibel dengan kemahuan diri. aku mendakap disiplin yang tinggi untuk memenuhi kehendak masa. selalu saja sekarang bila habis class balik hostel dan letak kepala atas bantal - ghaib.
Memang mudah sangat untuk aku melelapkan mata. kerja pakai otak bagi aku memang jerih dan menuntut penggunaan tenaga dalam kuatiti yang agak besar.

Apa pun, aku sangat gembira dengan belajar sekarang. memang susah, memang tensoin nak cari design sendiri. tapi lebih banyak warna. lebih banyak fiil. lebih banyak tekanan dan lebih banyak tanggungjawab. aku sukakan semua itu. kerja dalam keadaan 'tekanan yang berpada' boleh buat aku makin cemerlang dan bagus. sesuatu benda yang sudah lama tidak aku rasa. dulu aku buat semuanya sambil lewa. sekarang aku nampak masa depan aku mcm mana. dan, aku rasa itu satu perkara yang sangat bagus.

cuma, dengan kesibukan yang padat ini aku mungkin sedikit sebanyak 'terlupa' pada kawan-kawan. maaf, bukan niat aku begitu kawan....



"What is a friend? A single soul dwelling in two bodies." - Aristotle


Labels:

ingat A.F saje yang boleh undi? mari undi MPP.


Haha.

Sekarang UiTM tgh hangat bertanding utk MPP
Hah?? MPP tu ape??
MPP tu Majlis Perwakilan Pelajar.
Diorg bertanding dan bila da menang pilihan raya tu,
Die dipilih utk mewakilkan pelajar fakulti masing-masing.
Contohnye kalau fakulti x cukup parking or pelajar ada apa-apa masalah,
die la yg bertanggungjawab untuk melaporkan masalah tu kat org tertinggi di Hal Ehwal Pelajar.

Haha dan saya telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar utk mengundi :)





Haha jap jap, nak bayangkan kalau aku la yg jadi MPP... WOW!!
Haha angan hanya tinggal kenangan la lalakkkkk~~
Berangan la kau, kikiki.

Labels:

Monday, January 25, 2010

happy birthday adik :)



happy birthday mohd nabil bin adzman

kaklong syg adik! :)


Labels:

Tuesday, January 19, 2010

galeri shah alam











Labels:

Monday, January 18, 2010

printech new presiden





last night printech buat perjumpaan
utk berjumpa dgn ketua program,
utk welcome adik-adik junior yg baru,
utk lantik presiden baru and so on.
mula-mula encik razak berucap
then mula la perlantikan....
alim jadi presiden, kak nad jadi naib presiden.

what ever it is...
kami mahu manifesto dilaksanakan!!!
HAHAHAHA


Labels:

Monday, January 11, 2010

sem 3

it's been a week i'm here in shah alam.
basicly everything seems okay
but then hari-hari cls pagi.
gila la. and pack! damn.
plus assgmnt more to come, aduh~
hope this sem will be much better
amin. :)

Labels: