aku menghidap hiperhidrosis
tapi bagi certain orang kadangkala peluh yang berlaku ke atas diri mereka terlalu banyak. memang x terkawal. aku dikategorikan ok lagi. sebab aku hanya berpeluh dibahagian tapak tangan dan tapak kaki dan ketiak! imagine cuaca panas ke redup ke sejuk ke ketiak aku akan berpeluh..alhamdulillah peluh kat bahagian ketiak x mengeluarkan bau yang kurang senang. just berpeluh.
ingin aku berkongsi bahawa hiperhidrosis ni merupakan kelenjar peluh yang bertindak terlalu aktif sampai tidak dapat dikawal oleh sistem saraf perpeluhan. sebab tu peluh je memanjang. hiperhidrosis tidak merebak melalui udara. cuma masalah genetik.
the thing is...masyarakat susah untuk menerima kami yang mengalami hiperhidrosis. kadangkala disisihkan kerana berpeluh sakan. kami sering diejek, dikutuk belakang. ada juga yang selamba cakap "kau ni kuat peluh, geli la". itulah cabaran bila bergelar seorang pesakit hiperhidrosis. lagi malang bila kami terpaksa bersalaman dengan orang yang tidak pernah memahami. lepas bersalaman surely diorang akan mengesat tangan seperti kegelian.
bukan mahu menyalahkan takdir, tapi jauh suduh hati kami janganlah buat kami seperti najis. terlalu geli untuk bergaul dengan kami kerana tangan, kaki, muka mahupun badan yang basah dipenuhi peluh. bukan ini yang kami pinta, bukan mahu meminta simpati. cuma rasa sakit hati..macam tak sempurna. tetapi bergelar pesakit hiperhidrosis dapat mengajar saya tentang nilai manusia. syukur alhamdulillah.
penawar? ada. boleh dipulihkan dengan mendapatkan rawatan di hospital. malangnya, hanya 2 buah hospital yang menawarkan pembedahan ini iaitu di Institut Jantung Negara dan Subang Jaya Sime Darby Hospital. both private hospital. and as u all know kos yang dikenakan terlalu tinggi untuk private hospital ni kan. Rm 12k untuk pembedahan yang hanya mengambil masa 1 jam sahaja.
kesimpulannya, janganlah perkecilkan kami. tangan yang basah ini tidak mencemarkan diri anda walaupun kami menyentuh anda. tidak perlu menarik muka, memandang serong kepada insan seperti kami kerana ini bukan kehendak kami. bayangkan anak anda pula mengalami hiperhidrosis..haa masa tu baru lah nak terngadah.
p/s : apa-apa pun, terima kasih Tuhan.
Labels: life lalak
2 Comments:
At July 7, 2011 at 8:32 AM , The Party Paradise said...
honey..sape yg kutuk tuh.jahatnyew..heheh btw bile pegng tgn ngn bf mesti kejap je,pastuh kene lepas sbb berpeluh kan..haha my bf salu ckp,tgn awk basah -___-"
At July 7, 2011 at 10:00 AM , lalak said...
aah aah! hihi.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home