ohh lelaki,
Beberapa hari ni aku banyak dengar lelaki bercerita dengan aku tentang lelaki & wanita. Selalunya aku akan argue, tapi kali ni aku tak tahu kenapa aku malas nak argue.
1. Lelaki kata semua lelaki dekat dunia ni sama saja. Kalau ada teman wanita, apa yang mereka hendak cuma satu. Seks. Jadi, wanita perlu menjaga diri takut kalau-kalau ter'mengandung'. Kerana apa yang ada pada minda lelaki hanyalah kepuasan nafsu.
2. Lelaki kata kalau teman lelaki kita dekat sangat dengan kita, nanti kalau kita dah tak ada apa-apa hubungan, akan mendatangkan masalah. Contohnya, kita tak mahu ke kelas takut terserempak dengan teman lelaki kita, prestasi belajar akan turun dan akan menyusahkan kawan-kawan lain. Kerana lelaki lebih suka memilih perkara yang memudahkan mereka daripada yang menyukarkan.
3. Lelaki kata zaman muda tak perlu lah main cinta. Fikir tentang masa depan dan tidak perlu menghabiskan masa muda dengan bercinta. Kerana lelaki lebih mementingkan keseronokan zaman muda daripada memberi komitmen.
4. Lelaki kata perempuan hanya tahu membaca majalah-majalah tentang gosip sahaja. Jika lelaki menanyakan isi di dalam majalah tersebut, wanita akan kata; bacalah sendiri. Kerana lelaki tidak suka pada wanita yang terlalu obses pada dunia-dunia gosip dan lebih suka pada wanita yang membaca buku-buku berilmiah.
5. Lelaki kata wanita yang tidak memakai alat solek tidak memikat. Setiap masa wanita perlu memakai alat solek walaupun berkerja di panas terikan matahari. Kerana lelaki berpendapat apabila wanita itu mengenakan alat solek, mereka dapat membantu kaum lelaki berkerja dengan lebih tenang.
Itu apa yang lelaki kata. Tetapi apa yang aku hendak kata sangat berbeza sekali dengan apa yang lelaki kata.
Pertamanya, aku mungkin membela semua kaum-kaum lelaki di dunia. Tidak semua lelaki yang mencintai seseorang wanita kerana seks bukan? Tidak semua lelaki menerima seorang wanita seada-adanya kerana keadaan fizikal. Dan tidak semua lelaki menerima seseorang wanita itu kerana kelakuannya. Antara sebab aku malas nak argue mungkin kerana aku tidak menilai semua lelaki itu sama dan aku tahu masih ramai wanita yang menjaga hal-hal dalaman dalam diri mereka.
Keduanya, tak kisah kalau kita dekat atau kita jauh. Jauh pun boleh berpisah. Dekat pun boleh berpisah. Sama juga dengan dekat pun boleh bersama sehingga kahwin. Jauh pun boleh bersama sehingga kahwin. Selalunya aku akan jadi rasional dalam perkara-perkara yang melibatkan perpisahan antara dua belah pihak. Aku pernah jatuh cinta tetapi aku masih mampu maintain dalam pelajaran dan kehidupan. Dan selalunya terpulang pada diri masing-masing. Mungkin aku tidak argue kerana aku sedar ada golongan wanita sebegitu tetapi tidak ada jauh beza dengan kaum lelaki juga kan?
Ketiganya, faktor umur menyebabkan seseorang lelaki menimbulkan perkara ini. Tidak kisah kalau kita hendak bercinta pada umur kita berapa. Tak semestinya kalau bercinta kita tidak mendapat keseronokan. Ada orang akan kata zaman muda seronok kerana ada teman yang sentiasa memberi sokongan dan cinta tetapi ada juga yang akan kata zaman muda seronok kerana tidak perlu memikirkan tentang komitmen dan boleh pergi kemana-mana sahaja tanpa ada kongkongan. Aku tidak argue kerana itu semua terpulang pada diri seseorang individu.
Keempatnya, naluri seorang perempuan selalunya lebih ke arah itu. Hal-hal rumah, hiburan, gosip, fesyen, kecantikan, etc. Lelaki perlu menerima dan sesetengah perkara wanita merasakan tidak perlu bercerita kepada lelaki kerana lelaki tidak perlu untuk tahu. Sama juga dengan wanita. Wanita jarang ambil tahu tentang bola sepak, enjin kereta, etc. Aku tidak argue kerana aku tahu ada sesetengah perkara lelaki dan wanita tidak perlu berkongsi bersama.
Kelimanya, setiap wanita menginginkan diri mereka cantik. Tetapi perlu bersesuaian dengan keadaan. Takkan lah ke majlis pengebumian kita ada masa untuk bersolek? Dan sepatutnya, kalau lelaki sudah memilih wanita itu seada-adanya mereka, persoalan tentang wanita itu perlu bersolek mahupun tidak sepatutnya tidak boleh ditimbulkan. Sebenarnya perkara ini yang aku ingin sangat untuk argue tetapi aku tidak juga argue. Sama lah macam kalau kita tonton drama. Babak tengah sembahyang, tapi pelakon pakai make up macam nak pergi beli belah. Jadi kelakar kan? Selalunya aku akan cakap; kalau muka dah cantik, tak payah make up pun dah memang cantik.
Aku tak rimas dengan perkara-perkara ini. Aku sendiri rasa lelaki kadangkala teliti terhadap perempuan dalam sesetengah perkara. Kontradiksi antara lelaki dan perempuan boleh membuatkan sesebuah hubungan itu lebih bermakna. Tetapi hubungan cinta bukan sesuatu perkara yang rumit. Kalau kita berpisah, mungkin satu hari kita nanti akan bertemu dengan seseorang yang lebih bagus dari yang sebelumnya. Begitu juga jika kita terus bersama, tak semestinya kita akan berpisah. Apa yang penting, sentiasa positif dan belajar daripada kesilapan.
I love men, not because they are men, but because they are not women.
Labels: life lalak
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home