lalak day and night

don't make me lose my trust in you, don't make me hate you. just don't.

Tuesday, August 10, 2010

abang nak beli kuih?

hari itu, saya pulang ke kuala lumpur bersama kwn. memikirkan highway plus sibuk, saya menyusuri laluan lama. pekan pertama yang saya lintas ialah teluk intan. terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

kanak-kanak itu : "abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.
kwn saya : "tak apalah dik...abang dah pesan makanan" jawab kwn saya ringkas.

dia berlalu. sebaik pesanan tiba, kami terus menikmatinya. lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

kanak-kanak itu : "abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja kami.
kwn saya : "abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata kwn saya sambil menepuk-nepuk perut. dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. sampai disitu, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat.

setiap org yang lalu ditanya...
" tak nak beli kuih saya bang... pak cik... kakak atau makcik..."

molek budi bahasanya!

mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.

belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. dia menghadiahkan sebuah senyuman. saya turunkan cermin, membalas senyumanya.

"kakak dah kenyang, tapi mungkin kakak perlukan kuih saya untuk adik-adik kakak, ibu atau ayah kakak", katanya petah sekali sambil tersenyum. sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. terpantul persaan kesian di hati. lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. saya hulurkan padanya.

"ambil ni dik! kakak sedekah... tak payah kakak beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. saya gembira dapat membantunya.

setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. saya terkejut, lantas kwn saya menyuruh saya memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.

kanak-kanak itu : "kenapa bang nak beli kuih ke?"
kwn saya : "kenapa adik berikan duit kakak bagi tadi pada pengemis tu? duit tu kakak ni bagi adik!" kata kwn saya tanpa menjawab pertanyaannya.
kanak-kanak itu : "bang, saya tak boleh ambil duit tu. mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

kanak-kanak itu : "kakak nak beli semua ke?", saya cuma ngangguk. lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja kak.....!

selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

dalam perjalanan ke kuala lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. anak yatim ke? siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Labels:

2 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home