lalak day and night

don't make me lose my trust in you, don't make me hate you. just don't.

Sunday, July 31, 2011

fish spa


sedang aku jalan-jalan cuci mata, tiba-tiba terberhenti kat fish spa sbb tgk org putih yg tgh cuba bnd ni sambil gelak sakan. aku pelik la napa depa gelak sakan. tapi mesti hampa dah tahu kenapa depa gelak sakan naa. haha. yela ikan tu geletek kaki depa la. selama ni aku takut ok nak try benda ni. tapi ahad tu tiba-tiba terdetik nak try. semua sebab org putih tu gelak. aku tgk mcm seronok je dia gelak-gelak. memandangkan aku x pernah try bnd ni, aku ajak la azim cuba sbb dia pun x pernah cuba. our 1st time ber fish spa together la ni. hihi.

5 ringgit 10 minutes per person. ok berbaloi la kot. mula-mula takut nak masukkan kaki. masuk kan tumit je dulu. mak ai...mmg geli nak mampus. keje aku dgn azim gelak je la sampai kitorang had a massive stomach cramp. at the end aku dapat masukkan full kaki x sampai 2 minit pun.. sebab asyik gelak je. haha well at least i tried.

kegelian. gelak x henti.

letak tumit je. tgk tgn azim tu genggam sekuat nya. hahaha

fish spa is a place where you can go to get your dead skin eaten by fish (as gross as it sounds but its not that bad). garra rufa and cyprinion macrostomus are two species of fish that are commomly used in fish spa's. the process involves dipping your feet, hands or whole body into a pool of water filled with fish that will stuck peck off dead skin. the benefit of this process is that the fish consume the dead skin leaving the healthier skin to grow.

but then sebenarnya ada cons jugak, you might get penyakit dari org lain melalui fish tu. i mean, berkemungkinan org sebelum kita tu ada penyakit..so lepas ikan tu makan kaki org tu, ikan tu makan kaki kita pulak kan. tulah..takut jugak terkena penyakit yg x boleh cure ni kan. tawakal jelah berharap x de apa-apa akan jadi.


p/s : kaki ringan lepas cuba bnd ni. marilah cubalah kawan-kawan!

Labels:

another wedding on july




30 july 2011.
selamat pengantin baru adib and kak fiza.
semoga kekal bahagia bersama hingga akhir hayat. amin :)


p/s : mak azim ckp turn kami lagi 5 tahun. mcm lama je? ish, gatai :p

Labels:

Thursday, July 28, 2011

lovers


it's not about the labels or becoming official. it's about getting to know someone well enough to develop genuine feelings for them. it's about being understanding and forgiving when situation are at their worst. it's about loving someone, not for what they have to offer but who they are. it's never about blaming your significant other for not treating you like how you want to be treated, it's about how hard they try to keep you happy.

p/s : be strong. never give up but give your very best for your relationship.

Labels:

Saturday, July 23, 2011

they tried to make her go to rehab, but she said no, no, no...


today Amy Winehouse found dead. she joins Kurt Cobain, Janis Joplin, Jimi Hendrix. because of drugs, all dead at the age of 27. rest in peace Amy.

p/s : you're forever awesome.

Labels:

Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0

aku cuba untuk tak post pasal bersih ni. tapi tak boleh. makin banyak tweet dari kawan-kawan aku pasal suara rakyat. mula-mula aku x ambil kisah sebab aku baca surat khabar, tgk berita. aku ingat x de apa. tapi tiba-tiba aku terdetik nak tgk video mereka post.

dan semasa aku tgk video tu..aku menangis. aku x sangka jadi mcm ni. Bersih jelas membuktikan Melayu Cina India bersatu sebagai Malaysia. polis seharusnya menjaga keselamatan rakyat. memastikan mereka hanya menuju ke arah stadium dan bukan merayau-rayau. polis harus memastikan mereka tidak melakukan vandalisme melainkan hadir ke stadium dan bukannya block jalan ke stadium

this video shows two things. one : a side of Malaysia that we have not seen for a very long time. the side that wants things to be better. i believe rally may not be the best way, but it is only way we show how we truly feel towards the current government. much respect to those who fight what is right. two : what human capable of. clearly the police starts it, but they play it down. shame for denying that they started it all.

tahu x ada pakcik tu mati di tempat kejadian? sumber mengatakan sebab dia terkena gas tu. tapi dlm video ni tgn dia masih di ikat semasa nazak dan polis hanya berdiri diam seribu bahasa. atleast bukak la ikatan tu org tu dah nak meninggal. after 15 minutes there's still no ambulance came. haihh. tak percaya? watch this video

i'm wondering if Agong memang bersedia nak terima memo tu..kenapa baginda tak bagi titah kepada polis untuk benarkan Pak Samad masuk ke istana. sekiranya agong bertitah, x de sapa boleh lawan. its just...apa fungsi Agong sekarang? haih. aku salute Pak Samad kerana sangat tenang. much respect to them. tgk la video ni

senario politik kat Malaysia ni siapa pegang kerajaan, dia jugak pegang polis. tak kira BN atau PR. kerajaan sgt memerlukan kuasa polis utk mengekalkan kedudukannya. x boleh nak salahkan PDRM semata-mata. salahkan pegawai atasannya. tapi untuk ayat "menggunakan kekerasan" mmg x boleh diterima oleh budaya Malaysia okey!

kalau mereka menggunakan kekerasan sekalipun before that mereka dah bagi warning. what do u expect? almost demo everywhere, every country akan ada gas pemedih mata, pukul-pukul bagai dan end up with a gun. when u decide to get involve in this kind of demo u should well prepared for this kind of shit.

memo tu bukan nak suruh P.M letak jawatan pun. rakyat hanya nak pilihan raya yang bersih. tiada pengundi hantu. susah sgt ke nak buat bnd tu. bukan lagi memuaskan hati semua pihak ke? walaupun aku dah cukup umur untuk mengundi...sampai sekarang belum lagi buat keputusan untuk berpihak yg mana satu? nantilah.

i hate politics. but it's almost impossible to ignore. it governs your life whether u like it or not. this is why Bersih is important. three things make for strong government : free press, independent judiciary and bersih elections. without these 3 things...? hm. faham-faham je lah kan. so, stay peace. chill yaw.

p/s : ayuh anak bangsa Malaysia, kita bangkit!

Labels:

Wednesday, July 6, 2011

faith

sometimes you have to stop worrying, wondering, & doubting. have faith that things will work out, maybe not how you planned, but just how it's meant to be.

p/s : God's know the best for you :)

Labels:

smile

dont go for looks..
it can device.

sont go for wealth..
even that fades away.

go for someone who makes u smile.
because it takes only a smile to make a dark day seem bright.

:)

p/s : i hope all of you bloggers find the one that makes ya'll smile.

Labels:

Sunday, July 3, 2011

aku menghidap hiperhidrosis


sebenarnya dah lama aku menghidap hiperhidrosis... hahh? apa? x tahu apa tu? ni nak bagi tahu la ni. haha. sebenarnya aku pun baru tahu nama saintifik. kalau bahasa melayu kita panggil kuat peluh. ehm contohnya.. kita mengalami peluh yang melampau. bukan lepas sukan kita berpeluh. bukan. ni time kita x bersukan tapi peluh yang keluar mcm bersukan. faham x?

tapi bagi certain orang kadangkala peluh yang berlaku ke atas diri mereka terlalu banyak. memang x terkawal. aku dikategorikan ok lagi. sebab aku hanya berpeluh dibahagian tapak tangan dan tapak kaki dan ketiak! imagine cuaca panas ke redup ke sejuk ke ketiak aku akan berpeluh..alhamdulillah peluh kat bahagian ketiak x mengeluarkan bau yang kurang senang. just berpeluh.

ingin aku berkongsi bahawa hiperhidrosis ni merupakan kelenjar peluh yang bertindak terlalu aktif sampai tidak dapat dikawal oleh sistem saraf perpeluhan. sebab tu peluh je memanjang. hiperhidrosis tidak merebak melalui udara. cuma masalah genetik.

the thing is...masyarakat susah untuk menerima kami yang mengalami hiperhidrosis. kadangkala disisihkan kerana berpeluh sakan. kami sering diejek, dikutuk belakang. ada juga yang selamba cakap "kau ni kuat peluh, geli la". itulah cabaran bila bergelar seorang pesakit hiperhidrosis. lagi malang bila kami terpaksa bersalaman dengan orang yang tidak pernah memahami. lepas bersalaman surely diorang akan mengesat tangan seperti kegelian.

bukan mahu menyalahkan takdir, tapi jauh suduh hati kami janganlah buat kami seperti najis. terlalu geli untuk bergaul dengan kami kerana tangan, kaki, muka mahupun badan yang basah dipenuhi peluh. bukan ini yang kami pinta, bukan mahu meminta simpati. cuma rasa sakit hati..macam tak sempurna. tetapi bergelar pesakit hiperhidrosis dapat mengajar saya tentang nilai manusia. syukur alhamdulillah.

penawar? ada. boleh dipulihkan dengan mendapatkan rawatan di hospital. malangnya, hanya 2 buah hospital yang menawarkan pembedahan ini iaitu di Institut Jantung Negara dan Subang Jaya Sime Darby Hospital. both private hospital. and as u all know kos yang dikenakan terlalu tinggi untuk private hospital ni kan. Rm 12k untuk pembedahan yang hanya mengambil masa 1 jam sahaja.

kesimpulannya, janganlah perkecilkan kami. tangan yang basah ini tidak mencemarkan diri anda walaupun kami menyentuh anda. tidak perlu menarik muka, memandang serong kepada insan seperti kami kerana ini bukan kehendak kami. bayangkan anak anda pula mengalami hiperhidrosis..haa masa tu baru lah nak terngadah.

p/s : apa-apa pun, terima kasih Tuhan.

Labels: