lalak day and night

don't make me lose my trust in you, don't make me hate you. just don't.

Friday, March 26, 2010

from here

Dalam mana-mana relationship atau hubungan antara 2 jenis manusia berlainan spesis (berhalkum & tak berhalkum) akan wujud satu dimensi unik antara mereka. Ia berlaku di mana salah seorang (tak kira berhalkum atau tak) akan mempunyai 'lebihan kuasa' towards their partner. Is that a good thing? Atau sebaliknya?

Well, macam aku cakap... dalam setiap benda kita kena set satu limitation yang sepatutnya pada diri kita bila menyediakan diri untuk berkomitmen towards our significant other. Lebihan kuasa yang aku maksudkan adalah satu daya di mana salah seorang (tak kira berhalkum atau tak) akan secara literal mendominasi partner-nya dalam setiap tindak tanduk perjalanan hubungan romantis mereka.

Kenapa benda ini perlu wujud?

Bagi aku sendiri, aku dah faham sangat. Aku dah hadam dengan karakter diri walaupun bukan 100 perastus sebab kita tak boleh nak nilai diri kita dalam kuantiti itu. Kadang-kadang sangat lurus bendul. Tak romantik. Tak reti nak bertindak bila my significant other merajuk. Tak pandai nak sabar bila memujuk. Tak suka bila orang merajuk dengan aku. Tak faham bahasa. Tak boleh terima bila orang cakap 'tak boleh'.

Jadi, aku dah latih diri aku sejak dari dulu lagi untuk lebih mengalah. Aku bukan decision maker. Sebab dalam otak aku ni fikir banyak sangat benda. Selagi aku boleh terima, aku hadamkan saja. Possibilities yang jaringan network-nya berjalur serba selirat dalam kepala otak aku ni kadang-kadang tak membuahkan apa pun. Solution terbaik adalah ikut saja. Sebab aku jenis tak kisah. Selagi aku dapat bersama dia, itu dah cukup bagus.

Untuk rekod, aku tak pernah beli hadiah atau teddy bear untuk sesiapa pun. V-day? Hah? Sebab aku tak reti. Kalau nak beli aku boleh gerenti mesti sehari suntuk pening kepala dok memilih. Sebab risau takut dia tak suka. Benda paling mengecewakan seorang lelaki adalah apabila something yang dia bagi tu tak digemari sangat oleh orang yang dia sayang. Jadi aku memilih jalan mudah - tak payah beli terus. Baik aku beli coklat. Boleh makan sama-sama dalam bercanda gurau.

Romantik tu bukan kepakaran aku.

"Nak makan apa you?"

"Nak tengok movie apa you?"

"Nak gerak pukul berapa you?"

Satu lagi tabiat aku, aku suka minta izin untuk perkara bukan-bukan.

"You, i makan ek?"

"You, i baca paper jap ek?"

Kenapa?

Kadang-kadang aku juga suka tanya dia benda yang aku dah tahu. Semacam pelik dengan keadaan itu. Mungkin kondisi aku sebenarnya mahu perhatian yang total dari dia.

Pulak dah. Dan aku tahu benda di atas yang aku senaraikan tu boleh buat dia rimas. Tapi aku peduli apa. Aku memang suka buat dia rimas, kan? Sebab mungkin bila rasa rimas, dia tahu kewujudan aku. Tapi dah setahun berlalu ni, aku macam dah faham lenggoknya macam mana. Perlahan-lahan aku adaptasikan diri. Untuk apa? Tak lain tak bukan, masa depan aku dengan dia.

Mungkin ada orang cakap, "alaaaa.. time bercinta ni semuanya manis..."

To be honest... i don't give a shit. Biar aku cherish every moment dengan dia sampai mati. Dengan izinNya. What happen next bukan dalam tangan aku tapi we're going into that direction. Dan aku tak pernah rasa sepositif ini.

Labels:

Thursday, March 18, 2010

always be my baby~


HAPPY BIRTHDAY!
i love u so much sharifah umi athirah.
adoi da besar kau ye. hee. :)
semoga panjang umur, murah rezeki
and may God bless u always.
aku benci kite dah jauh, hmmph~
meh la balik k.l balik.... hihi.
i miss u so much.

Labels:

sunway way~







lama dah x dtg sunway. hee. so kami pergi sini nak tgk cerita alice in wonderland. dtg-dtg je dorg tulis alice in wonderland da full!! damn damn!! adoi. kecewa. heeee. yaya la paling excited nak tgk. cian die. hukhuk. so kami mkn, jumpa mak yaya sat, then balik. wowee.

p/s : pengajarannye, book dulu tiket lain kali ok. haha, nnt kite tgk taw cite ni ciopk~

Labels:

Monday, March 8, 2010

im back.

back from pangkor..
later i'll upload pic at pangkor
damn fun!
and damn tired.
sampai x pergi cls td. haha

Labels:

Tuesday, March 2, 2010

haram J

1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda

~RAMBUT PANJANG PLS. aku turned on laki rmbut panjang. kinky! wakaka
~TIDAK METROSEKS. aku tak suka laki clean cut. bia ada janggut skit2. *aww~
~TIDAK PENAKUT sama ada dengan lipas/tikus/hantu/samseng. wakakaka
~TERER GORENG GITAR/BELASAH KETOK HENTAK DRUMS. nothing is awesome-er than having a lover who can rock with u maaannn
~aku tak nak atas dasar LUST. tapi sangat payah kan??
~TIDAK BODOH DLM KEHIDUPAN. cliche la kalau aku ckp aku nak laki yg reti hormat org tua, jaga tatasusila, matang fikirannya, empunya impian dan berusaha utk dpt masa depan yg baik. tapi itu la sebenarnya hakikat yg memang kita smua idamkan!
~last, aku nak JEJAKA YANG ADA ISI/INTI. aku tak nak yg luaran cantik menarik tertarik kau memang de bomb, tapi dalaman gila babi 'kosong'. i had it once. i dont want it anymore, thank you. ;)


2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.
(harap maaf. lelaki yg btul2 dmnati seumur idup xleh disebut nama2 mereka. confidential!!so ini dalam kayangan aja laa. ahaa)

~BRANDON BOYDD. semenjak bayi lagi aku dah sayang dia.
~ORLANDO BLOOM. 1st time nmpak die kt lotr. dgn ank panah die. rmbut pnjg die. perghh
~JOEY JORDISON. love at first fright! aku chenta dia.
~TONY TRUJILLO. si metal skater yg menarek hati aku dgn stail nya yg best.
~GUS G. si vocalist/guitarist band firewind. suara yg lantang dan gorengan yang enak memg buat aku mengaum!.
~C.RONALDO.aku pnggil die 'bebeh'. so bile aku tnye ''bebeh ade main?'' yang lain dah tau 'bebeh' tu sape. wahaha


3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.

~GABRA. lutut gigill!
~BUTTERFLIES IN D STOMACH. serves!! eh, nerves!
~GELISAH. tgn berpeluh, ketiak! haha!
~TIBA2 RASA KENYANG. padahal tak makan-makan dari siang kan.
~JANTUNG DUPDAP LAIN MACAM. seperti bru lpas kene keja anjeng.
~TEKAK KERING. sumpah. eh perasaan ke tu?
~HAPPY/SERONOK/GUMBIRA. rasa mcm tgh terbang di awang-awangan.. ahahaha


4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.

~ROCK CONCERT. mintak-mintak la lepas tu hujan turun. perghh romantiss.. ahaahahah
~EVENT yang mendendangkan lagu electro. hee feveret! boley dance sama-sama.
~ART GALLERY. aku nk tau die pnye perspective. we can change our thoughts.
~BUMBUNG BANGUNAN. lepak duduk gelak dan beborak. suweet tak suweet??
~COLLOSEUM. pergh.. it wud be so nice man..
~FLOATING MARKET. di Phuket. seronok pe naik sampan, beli belah, recik-recik air kat muka. ahaha
~ni cliche ni. kt tepi BEACH. leh buat sand castle sama-sama. romantik kan kan??
~MAMAK STALL. alaa kt mane2 aje asalkan dgn pasangan sudeh ckup istimewa waat..


5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.

~amenda yg die nak sgt tu. akan ku coba dptkan. tp aku tak akan makbulkan permintaan kalau die mahukan ferari. babi.
~pistol air. bleh men sama-sama. comel kan? ahahaha
~minyak wangi. sapa tak mau bf wangi-wangi?? kan?
~kasot kegemaran aku. sure die pkai nmpak semart. sebab ape? sebab aku suke. ahaha
~aku blikan die cd band feberet yg mcm limited edition cmtu.
~belikan apa-apa yang die suke. tp die takpenah nk bitau aku die nk menda tu. pastu aku beli. sure best. ehe
~blikan buku author kegemaran. yg memg sgt payah nk dpt.


6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.

~love at first fright-murderdolls
~wonderwall-oasis
~apple tree-butterfingers
~i'll be-edwin mccain
~more than words-frankieJ
~i miss you-incubus


7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini. WAJIB!!

~dd
~yaya
~xaty
~iera
~eyka
~am
~syazmin

Labels:

kebodohan yang kita dakap

Kebodohan. Stupidity. Bagi aku, setiap arjuna dan dara yang dilamun serta hanyut bersama arus 'berahi' dalam arena romantis adalah manusia yang bodoh. Sekejap. Jangan diukur perkataan bodoh itu secara harfiah. Juga jangan 'ditimbang' kebodohan itu dengan kelulusan akademik atau setinggi mana menara gading yang kau tawan. Ini aku bicara tentang tindak tanduk serta kebodohan yang sekalian kita dukung. Tanpa akal waras dan matang kita sedar, ianya satu kebodohan yang lumrah.

Manusia boleh jadi bodoh bila bercinta. Mereka boleh bertukar 'uniform' untuk bertukar menjadi lebih romantik. Atau lebih mengambil berat. Atau dalam kes berat yang lain, mereka boleh bertukar menjadi orang lain. Sepeti mana yang biasa aku tulis sebelum ini, semua itu perlu ada limitation-nya sendiri. Parasnya hanya jasad yang punya boleh tentukan. Setiap benda atau perkara perlu ada had. Jangan lebih dan jangan kurang.

Manusia boleh menjadi bodoh membazirkan duit berpuluh ringgit untuk bercakap atau 'bergayut' selama berjam-jam lamanya. Berdiskusi tentang hal remeh seperti perihal cinta hinggalah ke masalah kewangan negara. Itu mungkin menjadi intipati perbualan selain berkongsi info tentang diri sendiri dan apa yang berlaku dalam ruang diari harian mereka.

Manusia boleh jadi bodoh bila menjadi hamba cinta. Dalam suratkhabar hari ini, ada berita tentang seorang lelaki yang sanggup berhabis ratusan ribu ringgit semata-mata buah hatinya lebih sukakan orang berkulit cerah? Bodoh? Hei, kalau mahu dinilai pada kasih sayang memanglah tiada harga, tapi macam yang aku selalu cakap, setiap perkara perlu dikira pakai sama ada relevan atau tidak. Perlu ada batas dan had. Kalau ikut nafsu, habislah segala.

Akal. Kita ada akal. Allah beri kita akal untuk fikir. Sebab dengan 'benda' bernama akal yang membezakan kita dengan binatang.

Bodohkah itu?

Bodoh kalau dipandang dari segi membazir. Bodoh kalau sampai tidak cukup tidur dek berbual berjam-jam lamanya.

Tapi jika kebodohan itu dapat menghadiahkan perasaan berbunga dan bahagia, apa salahnya kita menjadi bodoh, bukan?

Orang bercinta juga bodoh bila mereka dahagakan perhatian dari pasangan mereka. Dalam perihal ini, kaum Adam dan Hawa boleh melakukan apa saja untuk mencapai objektif ulung mereka. Dari hal sebesar zarah, satu pasangan boleh bergaduh atau berperang mulut kerana mahu menegakkan benang basah masing-masing. Sebenarnya bukan kebenaran yang mereka cari, tapi keegoan. Keras kepala yang mungkin sebab dahagakan perhatian total dari teman masing-masing. Bodohkah itu?

Lelaki akan jadi bodoh bila mereka cuba memahami perempuan. Perempuan pula akan bertambah bodoh bila tidak dapat memahami lelaki.

Kesimpulannya, kedua-duanya bodoh.

Tapi, siapa yang tidak mahu menjadi bodoh, kan?

Pendek cerita, kita semua bodoh. Lainlah yang suka sontot bontot sesama jantina, kan?

Terlebih pandai pun tak boleh juga. Tak gitu? Subjektif.

p/s - beberapa hari lepas aku menonton (500) Days of Summer. Rumusan aku, semua dari kita mempunyai 'Tom' & 'Summer'. Cuma kita malas nak mengaku. Tom dan Summer, dua-duanya bodoh. Sama macam kamu semua. :P

Labels:

pilihan dan tenaga

Pilihan. Kiri atau kanan.
Hatta untuk jalan lurus atau bengkok itu adalah kuasa mutlak setiap makhluk Tuhan yang bernama manusia. Kita dikurniakan akal untuk meggalas tanggungjawab kita sebagai khalifah Tuhan di atas sfera bulat yang kita semua kenal dengan nama bumi.

Petang tadi, aku habiskan beberapa jam menonton Vanilla Sky. Sebuah filem yang sudah agak usang umurnya tetapi masih lagi di pasca era moden. Aku sudah beberapa kali menonton filem ini, tapi filem yang bagus tidak salah kalau aku tonton banyak kali, kan? Lagipun hasil tangan Cameroon Crowe memang cukup aku dambakan.

Pengarah yang terkenal dengan beberapa filem lain seperti Almost Famous, Single, Jerry McGuire dan juga Say Anything. Itu antara filem arahannya yang aku harus wajib ditonton oleh kita semua.

Ini bukan rebiu tentang filem tesebut, cuma aku terpanggil untuk menulis tentang 'pilihan'. Satu tindakan kecil yang kita lakukan hasil kata putus dari akal kita boleh mengubah banyak perkara.

Dalam filem tersebut, karakter Tom Cruise, David Aames telah membuat keputusan untuk masuk ke dalam kereta milik Cameroon Diaz - yang menggalas karakter Juliana Gianni. Keputusan yang membawa bahana besar ke dalam hidup David Aames.

Semua itu kerana apa? Nafsu. Dia tidak dapat menahan akibat nafsu. Sedangkan dia sudah punya pilihan untuk mengenepikan perempuan itu di dalam hidupnya. Semasa itu, dia sudah berada di landasan yang bagus untuk dirinya sendiri bila dia mula berkenalan dengan Sofia Serrano yang dilakonkan oleh Penelope Cruz.

Tindakan yang membawa kepada kemalangan dan seterusnya membawa dunianya 'berpindah' dan berada di dalam dunia ciptaannya sendiri yang digelar Lucid Dream - projek sebuah syarikat yang menawarkan 'kehidupan' sempurna tatkala mereka sudah berputus asa dengan hidup sendiri.

Aku malas ulas panjang tentang filem tersebut, cuma aku ingin bicara dengan sekalian kamu semua tentang pilihan.

Pilihan. Keputusan. Semua itu kita libatkan untuk menentukan hala tuju hidup masing-masing. Penuh warna atau hitam putih hanya kita yang berhak untuk tentukan segala. Ya, kita tak boleh lari daripada kententuan takdir. Ketentuan Qada dan Qadar.

Manusia mempunyai akal untuk apa? Untuk berfikir dan membuat sesuatu yang relevan, kan?

Pernah kamu menyesal dengan keputusan yang kamu ciptakan dan putuskan sendiri? Jangan tipu. Kita manusia tidak akan boleh lari daripada dikejar oleh situasi membuat keputusan. Selaju mana kita berlari, hakikat itu pasti sentiasa mengejar kita.

Malahan setiap hari, kita dilingkari oleh perkara yang bernama "keputusan". Dari sekecil-kecil subjek hinggalah ke sebuah subjek yang menentukan masa depan dan hidup mati kita semua.

Banyak perkara yang sudah aku lakukan aku mahu ubah semula. Tapi itu memang mustahil, kan?

Antara keputusan yang paling aku kesali ialah aku tidak mencuba bersungguh-sungguh dalam sesetengah perkara. Biasanya perkara yang paling kita kesalkan adalah perkara yang melibatkan orang lain. Perkara yang boleh buat orang sakit hati. Perkara yang secara tidak langsung juga menyusahkan kehidupan orang lain walaupun itu bukan maksud tersirat di sebalik tindak-tanduk fiil kita dalam membuat keputusan.

Sesal dengan diri sendiri adalah sesuatu yang boleh kita perbaiki, tapi bila kita kesal dengan perbuatan yang mengucar-kacirkan hidup orang adalah sesuatu yang sentiasa menghantui hidup kita.

Kita semua tidak sempurna. Malah dalam keadaan tidak sedar pun, kita boleh mendatangkan kesan di dalam hidup orang lain.

Pilihan itu sentiasa berada di tangan kita. Cuma kita perlu lebih yakin dengan sebarang keputusan yang kita ambil. Memerah otak untuk berlaku adil kepada diri sendiri, kepada keluarga dan juga kawan-kawan adalah inti pati utama yang menjana hidup kita.

Kita manusia ni seperti jana kuasa. Semakin banyak 'tenaga' yang kita keluarkan, maka semakin banyaklah 'rumah-rumah' akan terang. Akan semakin banyak aktiviti yang dilahirkan dari 'punca tenaga' tersebut.

'Tenaga' itu akan terus menyinari setiap 'rumah' jika kita pandai mengagihkan 'kuasa' tersebut. Bila kita berhenti mengalirkan tenaga tersebut, maka terhentilah sebarang aktiviti yang dijana oleh 'tenaga' tersebut.

Aku semakin kehilangan 'tenaga'. Tapi sekarang, aku sedang dalam proses mengagihkan setiap 'tenaga' kepada setiap 'rumah' yang aku 'kenali'.

Kalau tiada 'karan' maka bergelaplah dunia kita dan semakin tiada ertilah bila kita menggelapkan setiap rumah yang kita sayang.

Apa itu 'tenaga'? Apa yang aku pasti ianya merangkumi banyak perkara.

Betul tak?

Sigur Ros - The Nothing Song

Labels:

♥ 60 THINGS A GIRL WOULD WANT BUT WONT ASK FOR ♥

1. Touch her waist.
2. Actually talk to her.
3. Share secrets with her.
4. Give her 1 of your sweatshirts
5. Kiss her slowly.

6. Hug her.
7. Hold her.
8. Laugh with her.
9. Invite her everywhere.
10. Hangout with her and your friends together.

11. Smile with her.
12. Take pictures with her.
13. Pull her onto your lap.
14. When she says she loves you more, deny it. Fight back.
15. When her friends say i love her more than you, deny it. fight back and hug her tight so she can't get to her friends. it makes her feel loved.

16. Always hug her and say hi whenever you see her.
17. Kiss her unexpectedly.
18. Hug her from behind around the waist.
19. Tell her she's beautiful.
20. Tell her the way you feel about her.

21. Open doors for her, walk her to her car (if any)- it makes her feel protected, plus it never hurts to act like a gentleman.
22. Tell her she's your everything - ONLY if you mean it.
23. If it seems like there is something wrong, ask her- if she denies something being wrong, it means SHE DOESN'T WANT TO TALK ABOUT IT- so just hug her.
24. Make her feel loved.
25. Kiss her in front of OTHER girls you know

26. DON'T lie to her
27. DON'T cheat on her!
28. Take her ANYWHERE she wants

29. Text or call her in the morning and tell her have a good day and how much you MISS her.
30. Be there for her when ever she needs you, & even when she doesn't need you, just be there so she'll know that she can ALWAYS count on you.

31. Hold her close when she's cold so she can hold YOU too.
32. When you are ALONE hold her close and kiss her.
33. Kiss her on the CHEEK: (it will give her the hint that you want to kiss her).
34. While in the movies, put your arm around her and then she will automatically put her head on your shoulder, then lean in and tilt her chin up and kiss her LIGHTLY.
35. Dont EVER tell her to leave even jokingly or act like you're mad. If shes upset, comfort her.

36. When people DISS her, stand up for her.
37. Look deep into her EYES and tell her you love her.
38. Lay down under the STARS and put her head on your chest so you can cuddle.
39. When walking next to each other grab her HAND.
40. When you hug her HOLD her in your arms as long as possible

41. Call or text her EVERY night to wish her SWEET DREAMS
42. COMFORT her when she cries and wipe away her tears.
43. Take her for LONG walks at night.
44. ALWAYS remind her how much you love her.
45. Sit on top of her and tell her how much u love her and then bend down to her face and kiss her while sitting on her.

46. Rub her back--feels good
47. Give her your coat if she's cold--thats always cute
48. Write letters on her back with your finger--feels good ;D
49. Let her sit on your lap
50. DON'T poke her hard...but if you want to mess around just do it lightly.

51. HOLD her HAND in PUBLIC.
52. Even if she looks BAD one day tell her she's BEAUTIFUL
53. Keep conversations flowing...talk about anything usually they just go along with it.
54. If their hair is in their face move it out of her face and then kiss her passionatley and gently.
55. Surprisingly sneek up on her and hug her from behind--loves it.

56. Kiss her in the rain.
57. Pick her up like in The Notebook and kiss her.
58. Slow dance with no music
59. Don't ignore her or be nerveous around her--everything is going to be okay.
60. Love her, kiss her, hold her, and you'll be good to go. ;D

Labels: