lalak day and night

don't make me lose my trust in you, don't make me hate you. just don't.

Tuesday, March 2, 2010

pilihan dan tenaga

Pilihan. Kiri atau kanan.
Hatta untuk jalan lurus atau bengkok itu adalah kuasa mutlak setiap makhluk Tuhan yang bernama manusia. Kita dikurniakan akal untuk meggalas tanggungjawab kita sebagai khalifah Tuhan di atas sfera bulat yang kita semua kenal dengan nama bumi.

Petang tadi, aku habiskan beberapa jam menonton Vanilla Sky. Sebuah filem yang sudah agak usang umurnya tetapi masih lagi di pasca era moden. Aku sudah beberapa kali menonton filem ini, tapi filem yang bagus tidak salah kalau aku tonton banyak kali, kan? Lagipun hasil tangan Cameroon Crowe memang cukup aku dambakan.

Pengarah yang terkenal dengan beberapa filem lain seperti Almost Famous, Single, Jerry McGuire dan juga Say Anything. Itu antara filem arahannya yang aku harus wajib ditonton oleh kita semua.

Ini bukan rebiu tentang filem tesebut, cuma aku terpanggil untuk menulis tentang 'pilihan'. Satu tindakan kecil yang kita lakukan hasil kata putus dari akal kita boleh mengubah banyak perkara.

Dalam filem tersebut, karakter Tom Cruise, David Aames telah membuat keputusan untuk masuk ke dalam kereta milik Cameroon Diaz - yang menggalas karakter Juliana Gianni. Keputusan yang membawa bahana besar ke dalam hidup David Aames.

Semua itu kerana apa? Nafsu. Dia tidak dapat menahan akibat nafsu. Sedangkan dia sudah punya pilihan untuk mengenepikan perempuan itu di dalam hidupnya. Semasa itu, dia sudah berada di landasan yang bagus untuk dirinya sendiri bila dia mula berkenalan dengan Sofia Serrano yang dilakonkan oleh Penelope Cruz.

Tindakan yang membawa kepada kemalangan dan seterusnya membawa dunianya 'berpindah' dan berada di dalam dunia ciptaannya sendiri yang digelar Lucid Dream - projek sebuah syarikat yang menawarkan 'kehidupan' sempurna tatkala mereka sudah berputus asa dengan hidup sendiri.

Aku malas ulas panjang tentang filem tersebut, cuma aku ingin bicara dengan sekalian kamu semua tentang pilihan.

Pilihan. Keputusan. Semua itu kita libatkan untuk menentukan hala tuju hidup masing-masing. Penuh warna atau hitam putih hanya kita yang berhak untuk tentukan segala. Ya, kita tak boleh lari daripada kententuan takdir. Ketentuan Qada dan Qadar.

Manusia mempunyai akal untuk apa? Untuk berfikir dan membuat sesuatu yang relevan, kan?

Pernah kamu menyesal dengan keputusan yang kamu ciptakan dan putuskan sendiri? Jangan tipu. Kita manusia tidak akan boleh lari daripada dikejar oleh situasi membuat keputusan. Selaju mana kita berlari, hakikat itu pasti sentiasa mengejar kita.

Malahan setiap hari, kita dilingkari oleh perkara yang bernama "keputusan". Dari sekecil-kecil subjek hinggalah ke sebuah subjek yang menentukan masa depan dan hidup mati kita semua.

Banyak perkara yang sudah aku lakukan aku mahu ubah semula. Tapi itu memang mustahil, kan?

Antara keputusan yang paling aku kesali ialah aku tidak mencuba bersungguh-sungguh dalam sesetengah perkara. Biasanya perkara yang paling kita kesalkan adalah perkara yang melibatkan orang lain. Perkara yang boleh buat orang sakit hati. Perkara yang secara tidak langsung juga menyusahkan kehidupan orang lain walaupun itu bukan maksud tersirat di sebalik tindak-tanduk fiil kita dalam membuat keputusan.

Sesal dengan diri sendiri adalah sesuatu yang boleh kita perbaiki, tapi bila kita kesal dengan perbuatan yang mengucar-kacirkan hidup orang adalah sesuatu yang sentiasa menghantui hidup kita.

Kita semua tidak sempurna. Malah dalam keadaan tidak sedar pun, kita boleh mendatangkan kesan di dalam hidup orang lain.

Pilihan itu sentiasa berada di tangan kita. Cuma kita perlu lebih yakin dengan sebarang keputusan yang kita ambil. Memerah otak untuk berlaku adil kepada diri sendiri, kepada keluarga dan juga kawan-kawan adalah inti pati utama yang menjana hidup kita.

Kita manusia ni seperti jana kuasa. Semakin banyak 'tenaga' yang kita keluarkan, maka semakin banyaklah 'rumah-rumah' akan terang. Akan semakin banyak aktiviti yang dilahirkan dari 'punca tenaga' tersebut.

'Tenaga' itu akan terus menyinari setiap 'rumah' jika kita pandai mengagihkan 'kuasa' tersebut. Bila kita berhenti mengalirkan tenaga tersebut, maka terhentilah sebarang aktiviti yang dijana oleh 'tenaga' tersebut.

Aku semakin kehilangan 'tenaga'. Tapi sekarang, aku sedang dalam proses mengagihkan setiap 'tenaga' kepada setiap 'rumah' yang aku 'kenali'.

Kalau tiada 'karan' maka bergelaplah dunia kita dan semakin tiada ertilah bila kita menggelapkan setiap rumah yang kita sayang.

Apa itu 'tenaga'? Apa yang aku pasti ianya merangkumi banyak perkara.

Betul tak?

Sigur Ros - The Nothing Song

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home