dalam dunia ini tiada yang pasti melainkan mati
Semua orang ada mimpi. Ada impian masing-masing. Tidak semua mimpi dan impian itu akan dapat dicapai. Tapi kita masih tetap ingin dan akan terus bermimpi.
Realiti kadangkala memualkan. Tapi itulah namanya kehidupan. Tiada yang sempurna dan kehidupan itu adalah perjuangan.
Impian selalunya akan memberikan kita harapan dan harapan itu kadangkala mengecewakan. Kekecewaan membawa kepada kemurungan dan kemurungan mengundang kesedihan.
Kesedihan itu memabukkan.
Tetapi, jangan takut untuk bersedih dan bermimpi. Itu adalah proses biasa kehidupan. Bermimpilah bagai kita akan hidup sejuta tahun lagi dan bersedihlah bagai kita akan mati keesokkan hari.
Lagipun, tiada siapa akan keluar dari kehidupan di dunia ini hidup-hidup.
Di dalam hidup ini, tiada perkara yang pasti melainkan kematian.
Kematian saya semakin hampir. Setiap sedut nafas yang ditarik, setiap degupan jantung yang berbunyi -- ia semakin dekat.
Di sekeliling, kematian itu berada di sekitar ini. Mengelilingi saya dan kamu semua. Menunggu waktu yang sesuai untuk tiba.
Di hari kematian saya nanti, saya harap langit pagi akan cerah gemilang dan kemudian langit akan mendung -- hujan renyai akan mulai turun.
Di hari kematian saya nanti, saya harap para sahabat dan kenalan akan hadir untuk menyembahyangkan jenazah saya. Semoga saya akan diringankan hukuman di alam sana. Tolong hapuskan semua dosa-dosa saya dengan 'Al-Fatihah' kamu semua.
Selepas kematian saya nanti, jangan disebut-sebut lagi tentang saya.
Di hari kematian saya nanti, tolong beritahu ibu dan bapa saya. Walaupun saya banyak berdosa dengan mereka, tolong ampunkan saya.
Labels: feelings lalak