lalak day and night

don't make me lose my trust in you, don't make me hate you. just don't.

Thursday, February 18, 2010

ingat pesan orang tua-tua

Kadang-kadang bila kita buat salah,
mesti kita akan teringat kedua ibu bapa kita.
Korang aku tak berapa pasti la sangat.
Tapi kalau aku, aku teringat umi ayah aku bila aku ada buat benda salah.

Salah tu maksudnya buat dosa la ya.

Masa aku kecil dulu, umi selalu ingatkan aku dengan pelbagai kata ingatan dan nasihat.
Tentang bahaya berkawan, tentang bahaya bahana cinta, juga tak lari dari nasihat untuk aku jauhkan jasad dan jiwa aku dari terjerumus ke arah pengaruh-pengaruh negatif yang serba melalaikan.

Menjadi anak sulung ni memang hidupnya sangat ketat dengan peraturan dan garis panduan. Dulu aku pernah tulis - anak sulung merupakan anak eksperimen.
Tiada sebarang unsur negatif di dalam erti kata aku menyebutnya "eksperimen".
Fikir sendiri.

Dulu umi pernah larang, "jangan potong kuku waktu malam".
Tapi sebab aku degil aku potong kuku lepas maghrib.
Natijahnya terpotong secubit isi jari.
Itulah akibatnya kalau degil tak dengar nasihat orang tua.
Logiknya mungkin satu. Aku potong kuku di tempat yang kurang cahaya. Malam equal gelap. Ooooo...

Dulu ayah pernah nasihat, "kau berkawan rapat macam mana pun, kalau kau susah.. kau akan cari ahli keluarga".
Sekali fikir betul jugak. Masa dulu tengah sengkek gila babi pun, aku akan telefon ayah minta bantuan kilat.

Dulu pakcik aku pernah pesan, "kalau suami kau nanti minta duit seratus ringgit, kau jangan bagi dia seratus. Kau kurangkan sepuluh ringgit. Lain kali dia mintak lagi, kau kasi ekstra dua puluh ringgit."

Hmmm...

Yang tu, kalau aku nak tahu betul atau tak... aku kena tunggu.

Betul tak awak?

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home