kawan, sahabat, member, rakan
Hai. apa khabar sekalian kamu. sihat? sibuk?
Kalau dibicarakan tentang sibuk... ya, memang aku sangat sibuk sekarang. tidak salah kalau dikatakan dunia aku sekarang hanya berlegar kepada 2 benda saja. si pujangga dan study. kawan-kawan pun ada cuma peratusnya sangat kecil. peluang untuk bertemu mata dan melepaskan rindu hanyalah ketika di acara-acara anak muda.
Dengan babygurl memang dah lama sangat aku tak jumpa. semasa menghadiri majlis kahwin kenalan, ada yg aku jumpa dan kami macam kaku lidah. mahu bicara tapi macam keras. mungkin sebab sudah lama sangat tak jumpa. ada yg terumpa di Elysium hari tu hanya sempat bertegur-sapa bertanya khabar. tiada sebarang bualan panjang bertemakan diskusi berat atau memerlukan perbahasan atau perbincangan yang mendalam.
Ya, aku rindukan semua itu. tapi, mungkin itu satu lagi fasa dalam hidup aku di mana semua orang move on. ya, aku pun sudah move on - dalam erti kata yang sangat positif. kita perlu bergerak tanpa sebarang kuasa perlu kita pinta untuk melonjakkan kita menjadi sesuatu yang jauh lebih baik dari hari semalam.
Sebagai manusia normal, kita akan boleh ukur diri kita sendiri sejauh mana kita makin berubah untuk ke jalan atau destinasi yang lebih positif. aku sekarang sangat merasakan semua benda itu. hidup makin teratur. mungkin sebab ada orang yang menjaga kebajikan jiwa aku kot. makin tenang dan setiap hari buat aku menantikan hari esok. kalau dulu, aku selalu bicara tentang hal yang lapuk. ceritera dari masa lampau yang penuh kemurungan yang ditampal dengan seribu topeng senyuman.
Sekarang aku semacam berada dalam zon selesa. dan itu agak menakutkan aku. tapi tak salah kalau kita takut sebab benda itu perlu ada. ia buat kita sentiasa ingat dan berpijak di bumi yang nyata.
Belajar dalam bidang ni jugak buat aku makin fleksibel dengan kemahuan diri. aku mendakap disiplin yang tinggi untuk memenuhi kehendak masa. selalu saja sekarang bila habis class balik hostel dan letak kepala atas bantal - ghaib.
Memang mudah sangat untuk aku melelapkan mata. kerja pakai otak bagi aku memang jerih dan menuntut penggunaan tenaga dalam kuatiti yang agak besar.
Apa pun, aku sangat gembira dengan belajar sekarang. memang susah, memang tensoin nak cari design sendiri. tapi lebih banyak warna. lebih banyak fiil. lebih banyak tekanan dan lebih banyak tanggungjawab. aku sukakan semua itu. kerja dalam keadaan 'tekanan yang berpada' boleh buat aku makin cemerlang dan bagus. sesuatu benda yang sudah lama tidak aku rasa. dulu aku buat semuanya sambil lewa. sekarang aku nampak masa depan aku mcm mana. dan, aku rasa itu satu perkara yang sangat bagus.
cuma, dengan kesibukan yang padat ini aku mungkin sedikit sebanyak 'terlupa' pada kawan-kawan. maaf, bukan niat aku begitu kawan....
"What is a friend? A single soul dwelling in two bodies." - Aristotle
Labels: life lalak
1 Comments:
At February 21, 2010 at 11:07 AM , bastard girl said...
ekekek
cm knl ayt bwh ni
what is a friend
samee
sep2 :D
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home