bila aku rasa mahu ke ruang infiniti?
Bila?
Entah..
Mungkin bila saat aku rasa patah hati
Bila?
Entah..
Mungkin bila aku rasa ditipu
Bila?
Entah..
Mungkin bila aku dikhianati
Bila?
Entah..
Mungkin bila aku kehilangan orang tersayang
Bila?
Entah..
Mungkin bila aku rasa dunia tidak berputar ikut kehendak aku
Bila?
Entah..
Mungkin bila aku rasa semua orang anggap aku halimunan
Bila?
Entah..
Mungkin bila aku sedikit derhaka kepada ibu bapa aku
Bila?
Entah..
Mungkin bila di saat aku mengecap bahana duka dikecewakan
Bila?
Entah..
Mungkin bila akui rasa aku mengkhianati
Bila?
Entah..
Mungkin bila aku takut dengan bayang-bayang sendiri
Bila?
Entah..
Mungkin bila aku takut untuk disayangi
Bila?
Entah..
Mungkin bila aku rasa tidak pasti
Namun, yang aku tahu sekarang...
Aku mahu terus hidup...
Kenapa?
Kerana hidup aku dipenuhi banyak tujuan
Kerana aku adalah aku
Yang punya jiwa, walaupun tidak sempurna namun tetap aku hargainya...
Kerana aku perlu berenang ke arah itu..
Ke arah ruang infiniti di ufuk kecekalan aku...
Labels: feelings lalak