kebodohan yang kita dakap
Kebodohan. Stupidity. Bagi aku, setiap arjuna dan dara yang  dilamun serta hanyut bersama arus 'berahi' dalam arena romantis adalah  manusia yang bodoh. Sekejap. Jangan diukur perkataan bodoh itu secara  harfiah. Juga jangan 'ditimbang' kebodohan itu dengan kelulusan akademik  atau setinggi mana menara gading yang kau tawan. Ini aku bicara tentang  tindak tanduk serta kebodohan yang sekalian kita dukung. Tanpa akal  waras dan matang kita sedar, ianya satu kebodohan yang lumrah.
Manusia  boleh jadi bodoh bila bercinta. Mereka boleh bertukar 'uniform' untuk  bertukar menjadi lebih romantik. Atau lebih mengambil berat. Atau dalam  kes berat yang lain, mereka boleh bertukar menjadi orang lain. Sepeti  mana yang biasa aku tulis sebelum ini, semua itu perlu ada limitation-nya sendiri. Parasnya  hanya jasad yang punya boleh tentukan. Setiap benda atau perkara perlu  ada had. Jangan lebih dan jangan kurang.
Manusia boleh menjadi  bodoh membazirkan duit berpuluh ringgit untuk bercakap atau 'bergayut'  selama berjam-jam lamanya. Berdiskusi tentang hal remeh seperti perihal  cinta hinggalah ke masalah kewangan negara. Itu mungkin menjadi intipati  perbualan selain berkongsi info tentang diri sendiri dan apa yang  berlaku dalam ruang diari harian mereka.
Manusia boleh jadi bodoh  bila menjadi hamba cinta. Dalam suratkhabar hari ini, ada berita  tentang seorang lelaki yang sanggup berhabis ratusan ribu ringgit  semata-mata buah hatinya lebih sukakan orang berkulit cerah? Bodoh? Hei,  kalau mahu dinilai pada kasih sayang memanglah tiada harga, tapi macam  yang aku selalu cakap, setiap perkara perlu dikira pakai sama ada  relevan atau tidak. Perlu ada batas dan had. Kalau ikut nafsu, habislah  segala.
Akal. Kita ada akal. Allah beri kita akal untuk fikir.  Sebab dengan 'benda' bernama akal yang membezakan kita dengan binatang.
Bodohkah  itu?
Bodoh kalau dipandang dari segi membazir. Bodoh kalau  sampai tidak cukup tidur dek berbual berjam-jam lamanya.
Tapi  jika kebodohan itu dapat menghadiahkan perasaan berbunga dan bahagia,  apa salahnya kita menjadi bodoh, bukan?
Orang bercinta juga bodoh  bila mereka dahagakan perhatian dari pasangan mereka. Dalam perihal  ini, kaum Adam dan Hawa boleh melakukan apa saja untuk mencapai objektif  ulung mereka. Dari hal sebesar zarah, satu pasangan boleh bergaduh atau  berperang mulut kerana mahu menegakkan benang basah masing-masing.  Sebenarnya bukan kebenaran yang mereka cari, tapi keegoan. Keras kepala  yang mungkin sebab dahagakan perhatian total  dari teman masing-masing. Bodohkah itu?
Lelaki akan jadi bodoh  bila mereka cuba memahami perempuan. Perempuan pula akan bertambah bodoh  bila tidak dapat memahami lelaki.
Kesimpulannya, kedua-duanya  bodoh.
Tapi, siapa yang tidak mahu menjadi bodoh, kan?
Pendek  cerita, kita semua bodoh. Lainlah yang suka sontot bontot sesama  jantina, kan?
Terlebih pandai pun tak boleh juga. Tak gitu? Subjektif.
p/s - beberapa hari lepas aku menonton (500) Days of Summer. Rumusan aku, semua dari kita mempunyai 'Tom' & 'Summer'. Cuma kita malas nak mengaku. Tom dan Summer, dua-duanya bodoh. Sama macam kamu semua. :PLabels: feelings lalak
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home