lalak day and night

don't make me lose my trust in you, don't make me hate you. just don't.

Friday, March 26, 2010

from here

Dalam mana-mana relationship atau hubungan antara 2 jenis manusia berlainan spesis (berhalkum & tak berhalkum) akan wujud satu dimensi unik antara mereka. Ia berlaku di mana salah seorang (tak kira berhalkum atau tak) akan mempunyai 'lebihan kuasa' towards their partner. Is that a good thing? Atau sebaliknya?

Well, macam aku cakap... dalam setiap benda kita kena set satu limitation yang sepatutnya pada diri kita bila menyediakan diri untuk berkomitmen towards our significant other. Lebihan kuasa yang aku maksudkan adalah satu daya di mana salah seorang (tak kira berhalkum atau tak) akan secara literal mendominasi partner-nya dalam setiap tindak tanduk perjalanan hubungan romantis mereka.

Kenapa benda ini perlu wujud?

Bagi aku sendiri, aku dah faham sangat. Aku dah hadam dengan karakter diri walaupun bukan 100 perastus sebab kita tak boleh nak nilai diri kita dalam kuantiti itu. Kadang-kadang sangat lurus bendul. Tak romantik. Tak reti nak bertindak bila my significant other merajuk. Tak pandai nak sabar bila memujuk. Tak suka bila orang merajuk dengan aku. Tak faham bahasa. Tak boleh terima bila orang cakap 'tak boleh'.

Jadi, aku dah latih diri aku sejak dari dulu lagi untuk lebih mengalah. Aku bukan decision maker. Sebab dalam otak aku ni fikir banyak sangat benda. Selagi aku boleh terima, aku hadamkan saja. Possibilities yang jaringan network-nya berjalur serba selirat dalam kepala otak aku ni kadang-kadang tak membuahkan apa pun. Solution terbaik adalah ikut saja. Sebab aku jenis tak kisah. Selagi aku dapat bersama dia, itu dah cukup bagus.

Untuk rekod, aku tak pernah beli hadiah atau teddy bear untuk sesiapa pun. V-day? Hah? Sebab aku tak reti. Kalau nak beli aku boleh gerenti mesti sehari suntuk pening kepala dok memilih. Sebab risau takut dia tak suka. Benda paling mengecewakan seorang lelaki adalah apabila something yang dia bagi tu tak digemari sangat oleh orang yang dia sayang. Jadi aku memilih jalan mudah - tak payah beli terus. Baik aku beli coklat. Boleh makan sama-sama dalam bercanda gurau.

Romantik tu bukan kepakaran aku.

"Nak makan apa you?"

"Nak tengok movie apa you?"

"Nak gerak pukul berapa you?"

Satu lagi tabiat aku, aku suka minta izin untuk perkara bukan-bukan.

"You, i makan ek?"

"You, i baca paper jap ek?"

Kenapa?

Kadang-kadang aku juga suka tanya dia benda yang aku dah tahu. Semacam pelik dengan keadaan itu. Mungkin kondisi aku sebenarnya mahu perhatian yang total dari dia.

Pulak dah. Dan aku tahu benda di atas yang aku senaraikan tu boleh buat dia rimas. Tapi aku peduli apa. Aku memang suka buat dia rimas, kan? Sebab mungkin bila rasa rimas, dia tahu kewujudan aku. Tapi dah setahun berlalu ni, aku macam dah faham lenggoknya macam mana. Perlahan-lahan aku adaptasikan diri. Untuk apa? Tak lain tak bukan, masa depan aku dengan dia.

Mungkin ada orang cakap, "alaaaa.. time bercinta ni semuanya manis..."

To be honest... i don't give a shit. Biar aku cherish every moment dengan dia sampai mati. Dengan izinNya. What happen next bukan dalam tangan aku tapi we're going into that direction. Dan aku tak pernah rasa sepositif ini.

Labels:

2 Comments:

  • At March 31, 2010 at 11:45 AM , Blogger wanny said...

    i love this entry.jujur dari hati.huhu.
    u sama macam i " Tak boleh terima bila orang cakap ak boleh."
    To be honest,i sekarang sangat parah dalam relationship.Maybe pengalaman buat i macam tu.I kuat melawan.

    Whatever it is lalak,just pray for the best k? Im hoping the best for you :)

     
  • At April 2, 2010 at 9:26 PM , Blogger lalak said...

    tq syg. :)

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home