lalak day and night

don't make me lose my trust in you, don't make me hate you. just don't.

Sunday, November 29, 2009

perempuan menangis, lelaki berbohong


pompuan ni selalu menangis ker?
boleh tahan la kot...
kenapa diorg menangis?
itu yg kite x tau. hikhik~
ini menurut apa yang aku baca dalam satu artikel ni,
ada 3 sebab kenapa pompuan menangis :

1. membersihkan mata (hmmm logik la kot)
2. mengeluarkan kimia stres dari tubuh (ye la tu labu)
3. sebagai tanda sedih

aik tiga jer artikel ni tulis?
rasanya banyak lagi sebab lain kot.
tapi 'main' dia bila orang cakap menangis ni mestilah sebab sedih.
tak pun sebab sakit.

ok. in a relationship atau pun rumahtangga la katakan mesti ada komunikasi between laki dgn pompuan kan. so dalam berkomunikasi ni ada beberapa perkara yang akan terjadi. ni satu hakikat yang tidak dinafikan lagi la.

1. wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami....

2. wanita berbohong agar lelaki berasa selesa. sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik. so beware. tak semua lelaki baik tu baik. penipu besar jer banyak tu.. huahuahua~

3. lelaki berbohong untuk kebaikan dan mahu bergantung pada seseorang. mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana. tu la laki ni tak suka gaduh-gaduh so maybe this is the option to avoid any conflict yang berlanjutan.

ada 6 perkara yg lelaki perlukan....iaitu ;

kepercayaan,
persetujuan,
penghargaan,
kekaguman,
keizinan,
galakan.


wanita pula memerlukan... ;

perhatian,
persefahaman,
hormat,
kesetiaan,
pengesahan,
keyakinan.


berikut ni adalah notis penting buat wanita yer.

terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan..iaitu ;

a) berleter
b) bertanya soalan remeh


lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan.

selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan.

bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. jangan cover-cover or terlalu push sangat. wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti `boleh tak?'

seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah pempuan mampu menjadi penyelesai masalah.
ini kerana.......

otak wanita berorientasikan penyelesaian,
sedangkan otak lelaki berorientasikan proses.


bukan lah niat aku untuk menjatuhkan mana-mana pihak. tetapi ini mengikut pengalaman aku. x tahu la pengalaman korg pulak mcm mana? hukhuk~

sekian renungan kita untuk kali ini. cheers!

Labels:

6 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home