lalak day and night

don't make me lose my trust in you, don't make me hate you. just don't.

Tuesday, December 29, 2009

umpama amik tips diet daripada orang obese

aku tak suka sembarangan orang cakap lebih-lebih pasal agama. no offense, tapi bila masuk hal agama, tak semua orang ada authority nak berdakwah, ok?

kalau kau nak cakap pasal agama tapi tak praktik, buat apa aku nak dengar? umpama amik tips diet daripada orang obese. nanti kalau ada orang tanya, kalau kau percaya kepada Allah, kenapa kau tak buat ini itu, kau tak percaya azab Dia ke, kau nak jawab apa? Kau cuba nak explain diri kau, you create a deeper mess.

kau cakap seru tak sampai lagi, kau cuba nak blame Tuhan, padahal tu semua kelemahan kau. tak ada apa yang menghalang kau, except your own vanity. sampai bila nak in denied?

lagi-lagi kalau orang yang berdakwah itu emo. sorry, tapi Quran dah state kalau kamu nak berdebat pasal agama, sila dalami dulu ilmu tu. kalau kau ter ajar benda sesat, kau carry semua dosa orang lain yang carry ajaran sesat kau.

kalau kau amalkan agama, aku boleh terima nasihat kau. tapi ingat. orang yang berdakwah tapi tak amalkan lagi hina daripada orang yang tak tahu dan tak amalkan dan mereka akan diazab lebih awal.

macam mana kau nak buat orang lain percaya kalau kau sendiri tak percaya?

umpama ambil medical advice dari pelajar perubatan 3rd year. almost complete, tapi kau pikir sendiri ah, ada sesiapa nak kasi pelajar perubatan yang tak habis lagi degree operate atas diri dia? tak kira ah kau pelajar cemerlang ke, dean’s list ke, best student ke, kalau ilmu kau tak complete, tak ada siapa nak kau operate. sama ngan agama. kalau ilmu kau tak complete, kau tak layak nak berdakwah.

on the other hand, aku tak kisah kalau orang yang memang sedang amalkan atau sedang bertaubat nak berdakwah tentang agama.

p/s : aku selalu dengar kalau orang ditanya "kenapa awak tak pakai tudung?" menjawab, "orang pakai tudung tu baik sangat ke? zaman sekarang sama je. semua pun berzina, pakai baju ketat, smoking, bla bla bla. sama je pakai ke tak pakai tudung." - lebih baik diam daripada kasi jawapan macam ni.

sorry to say lah, tapi jawapan tu tak ada kaitan sangat soalan tu. jawapan tu pun macam in denial nak cover kelemahan diri. cuba nak divert perhatian orang dari the main issue. main issue nya kau. apa kaitan dengan perempuan lain. kalau kau pakai tudung pun, kau nak jadi macam kelompok pakai tudung yang berzina semua tu ke?

kau honest je dengan diri sendiri, apa kata kau bagi jawapan honest sikit macam:

"rambut aku cantik, kalau aku pakai tudung nanti muka aku jadi buruk sebab rambut aku yang buat muka aku cantik."

or...

"aku nak laki pandang aku. lepas kahwin nanti aku pakai kot."

tak pun...

"tunggu buah dada aku layut sikit baru aku pakai."

senang cite...

"tunggu aku dah tua and buruk baru aku pakai. sekarang aku nak enjoy, tua baru insaf."

dan sememangnye...

"aku memang tak nak pakai. aku tak rasa aku nampak cantik bila pakai."

honest babe. cause people are going to judge you anyways. sebab denied tu penyakit yang merbahaya.

jangan makan hati, peace!~~~

p/p/s : kepada perempuan yang pakai tudung tapi tak pakai betul-betul pastu nampak spender, nampak lurah dada, pakai baju jarang, nampak segala bentuk, jangan nak rasa bangga sebab pakai tudung pastu rasa macam ada hak nak condemn perempuan tak pakai tudung pulak.

ohh yaaa, aku cerita sbb aku tak suka ada org tu sebok nak bercerita sana sini psl aku. contohnye kau yg sedang sebok nak menjaja cerita psl aku itu ini. kau tu baik sgt ke? mak aku kata jgn sebok psl anak org lain sbb anak sendiri belum tentu bagus. so tgk anak sendiri dulu sebelum tgk anak org lain.

sekian.

Labels:

4 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home